26 atlet Perak terima insentif RM24,350

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memberikan insentif sebanyak RM24,350 kepada 26 atlet yang merekodkan pencapaian membanggakan serta mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kesemua atlet yang menerima insentif berkenaan terdiri daripada lapan acara sukan iaitu boling padang, renang, terjun, catur, tinju, tenpin boling, berbasikal, berbasikal para serta satu pasukan kriket wanita negeri.

“Pemberian insentif ini diharap dapat sedikit sebanyak menggalakkan serta memberi motivasi kepada mereka yang telah mewakili negara dalam pelbagai temasya sukan peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh badan induk sukan di Malaysia.

“Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah melakar prestasi cemerlang mengharumkan nama negeri dalam pelbagai acara sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sukan Negeri Perak dan Countdown 100 Hari Sukma Sarawak 2024, Galasa Caldwell, di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Saarani berkata, Countdown 100 hari yang bermula hari ini bertujuan memperkukuhkan gerak kerja dan persiapan para atlet yang menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak bermula 17 hingga 24 Ogos ini.

Menurut beliau, pelbagai program dan aktiviti dijalankan sebagai persediaan kontinjen menyertai SUKMA Sarawak tahun ini seperti latihan berpusat, ujian kecergasan dan ujian spesifik sukan serta kem latihan pusat sukan COMBAT.

Pada majlis itu, Saarani turut mengumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim sebagai Chef De Mission dan Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin sebagai Timbalan Chef De Mission.

“Saya amat yakin, dengan pengalaman kedua-duanya, mampu mengemudi kontinjen Perak untuk memberikan persembahan terbaik, mengharumkan nama negeri seterusnya membawa pulang sebanyak mungkin pingat emas untuk negeri pada temasya SUKMA nanti,”ujarnya. -MG Perak

Artikel Berkenaan:

SUKMA Sarawak: Perak mahu di kedudukan lima terbaik, sasar 35 emas

Kemelut berakhir, Perak FC setuju hantar pasukan bola sepak ke SUKMA – Exco

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI