Seorang lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup keluar petrol bersubsidi dari negara ini pada 17 Februari lalu.
Tertuduh, Nopphon Abdulloh, 51, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.