BAGAN DATUK – Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan akan membangunkan bandar baharu Bagan Datuk di kawasan seluas 155.8 hektar (385 ekar) selaras dengan pemasyhurannya sebagai daerah ke-12 yang terbaharu di Perak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangunan projek itu akan menempatkan kompleks pentadbiran jabatan Persekutuan dan juga di bawah kerajaan negeri. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak