Langgar dua kenderaan, pemandu Myvi diburu polis

BAGAN SERAI – Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang dipercayai memandu secara melulu sehingga melanggar dua kenderaan dalam kejadian di Kilometer 93 Jalan Ipoh-Butterworth pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung video tular berdurasi 39 saat yang memaparkan aksi berbahaya kereta berwarna putih itu di media sosial sekitar jam 8 malam tadi.

Menurut Juna, dua laporan polis telah dibuat pada hari kejadian sekitar jam 6.20 petang oleh pemandu yang terlibat dalam kemalangan dan rakaman percakapan turut diambil.

“Susulan itu, polis dalam usaha mengesan pemilik Perodua Myvi terbabit dan hasil siasatan awal mendapati kenderaan tersebut adalah milik seorang wanita berusia 45 tahun yang beralamat di Taman Menglembu, Ipoh.

“Sehubungan itu, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik kerian, Sarjan Khairul A’ini Jamaludin di talian 05-721 0539 atau 019-829 4242. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Langgar belakang lori: Anggota tentera maut diseret 100 meter – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI