Dua warga emas maut pacuan empat roda rempuh belakang lori

TANJUNG MALIM – Dua lelaki warga emas maut dalam nahas membabitkan kenderaan pacuan empat roda (4X4) dan sebuah lori di Kilometer 365 Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS), awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira jam 5.42 pagi.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan kenderaan jenis Pajero yang dipercayai melanggar bahagian belakang lori sehingga menyebabkan dua mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian.

“Dua mangsa maut adalah lelaki warga emas masing-masing berusia 83 dan 76 yang menaiki kereta Pajero manakala pemandu lori berumur 31 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pagi ini.

Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Isma Muhamad Ubaidullan Ahmad Rani tamat jam 7.05 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Pajero terbakar lepas rempuh belakang lori berhenti

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI