Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM11.77 juta kepada penghulu mukim dari 12 daerah, pada Rabu.
Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Wan Maizura Wan Zahari berkata, sumbangan itu disampaikan sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri, di Masjid Sultan Azlan Shah, dekat sini.