MGPerak: Pembinaan Rumah Mampu Milik Di Batang Padang, Muallim Bantu Tampung 10,000 Pekerja AHTV

1174

Pembinaan rumah mampu milik di Daerah Batang Padang dan Muallim mampu menampung keperluan kediaman bagi 10,000 pekerja Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) sekali gus merancakkan sektor perumahan di kawasan berkenaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri merancang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi membolehkan semua lapisan masyarakat mempunyai rumah berkualiti dan bernilai tinggi pada harga yang berpatutan.

Menurutnya, kerjasama erat antara agensi kerajaan dan swasta seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dan syarikat pemaju perumahan dapat membantu merealisasikan projek pembangunan seperti yang dirancang.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini