Seorang pekerja kilang belacan dihadapkan di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini atas pertuduhan membunuh kekasih isterinya kira-kira dua minggu lalu.
Tertuduh, D Tanabalan, 42, menggangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Majlistret T Ashvinii dan tiada pengakuan direkodkan.