Malaysia kekal bersolidariti dengan Palestin – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa secara berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

“Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti.

“Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban,” kata beliau menerusi ciapan di laman sosial X hari ini.

Ciapan itu turut disertakan dengan kenyataan Wisma Putra yang menyaksikan Malaysia menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung peningkatan pertempuran di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza.

Kenyataan itu turut menekankan keperluan menghentikan segala kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan yang berlaku.

Setakat ini, lebih 250 rakyat Palestin dilaporkan terkorban manakala lebih 1,700 cedera susulan pengeboman Israel ke atas Gaza semalam.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI