Banjir di Perak Tengah pulih, PPS ditutup

IPOH – Situasi banjir di Negeri Perak pulih selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 130 mangsa di Perak Tengah ditutup, pada Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit yang menempatkan 44 keluarga itu ditutup pada jam 1 tengah hari tadi.

“PPS yang menempatkan mangsa dari Kampung Serapoh dan Kampung Buloh Akar sejak Rabu malam itu ditutup selepas mereka dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Pada Rabu, hujan lebat yang berterusan dan limpahan air Sungai Sadang, di Parit menyebabkan kediaman penduduk di dua kampung berkenaan dinaiki air sehingga paras pinggang.

Ia mengakibatkan seramai 209 mangsa daripada 73 keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS di SK Simpang.

Dalam pada itu, berdasarkan kepada data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Stesen Sungai Ijok di Titi Ijok menunjukkan paras air Sungai Kerian melepasi paras bahaya iaitu 13.93 meter setakat jam 1.30 tengah hari tadi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

209 mangsa banjir di Perak Tengah dipindahkan ke PPS

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI