Keunikan keris, tambat hati anak muda Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Jika golongan seusianya lebih memilih untuk berkelana ke kota-kota besar bagi menyarung kolar biru dan kolar putih, Edzreen Edzwan Kamalrudin, 27, pula mengambil langkah berbeza demi mempertahankan warisan bangsa.

Walau wang ringgit tidak dijadikan ukuran, namun ia disifatkan sebagai satu kepuasan dengan membuka galeri yang menjual keris di kampung halamanya di Kampung Kota Lama Kanan, di sini sejak lima tahun lalu.

Edzreen Edzwan Kamalrudin keris melayu warisan bangsa senjata tradisional kuala kangsar perak
Pemilik Galeri Keris Empire, Edzreen Edzwan Kamalrudin, 27, di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.
Galeri berkenaan turut menjual pelbagai jenis senjata tradisional lama seperti, lembing, kerambit, parang, pedang, busur serta anak panah, di samping busana tradisional, buku-buku rujukan dan sebagainya.Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, minat mengusahakan perniagaan melalui Galeri Keris Empire itu timbul dek kerana cintanya terhadap senjata tradisional Alam Melayu itu sendiri.

Pemilik galeri, Edzreen berkata, jiwanya seolah-olah tersentuh apabila bercakap dalam soal kesenian dan warisan Melayu khususnya berkenaan dengan keris.

Edzreen Edzwan Kamalrudin keris melayu warisan bangsa senjata tradisional kuala kangsar perak
Temubual Pemilik Galeri Keris Empire, Edzreen Edzwan Kamalrudin, 27, di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.

“Secara peribadi saya, saya gemar melihat pada pamor atau corak yang dibentuk pada bilah-bilah keris. Uniknya apabila terdapat beribu-ribu jenis pamor walau ada kalanya keris itu dihasilkan oleh empu yang sama.

“Selain itu, setiap pamor yang dihasilkan juga mempunyai falsafah serta motif tersendiri, dan itu yang menarik minat saya terhadap keris ini,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui MG Perak, di Galeri Keris Empire di Kampung Kota Lama Kanan, di sini, baru-baru ini.

Temubual Pemilik Galeri Keris Empire, Edzreen Edzwan Kamalrudin, 27, di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.
Edzreen Edzwan Kamalrudin keris melayu warisan bangsa senjata tradisional kuala kangsar perak
Parang antara dijual di Galeri Keris Empire di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.

Selain keris, galeri berkenaan turut menjual pelbagai jenis senjata tradisional lama seperti, lembing, kerambit, parang, pedang, busur serta anak panah, di samping busana tradisional, buku-buku rujukan dan sebagainya.

Menurut Edzreen lagi, keris bukan sekadar alat senjata untuk berlawan, sebaliknya ia merupakan pelengkap pada busana tradisional Melayu sejak zaman-berzaman.

Katanya, keunikan lain pada senjata tradisional itu juga ia mampu menjadi lambang atau mempamerkan status pemiliknya sama ada ia bergelar bangsawan, golongan alim, atau pengembara.

Edzreen Edzwan Kamalrudin keris melayu warisan bangsa senjata tradisional kuala kangsar perak
Buku rujukan mengenai keris antara yang dijual di Galeri Keris Empire di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.

Stigma kaitkan keris dengan perkara mistik

Bercerita lanjut tentang perusahaan di Galeri Keris Empire, Edzreen tidak menolak masih terdapat stigma segelintir pihak yang masih belum dikikis apabila mengaitkan senjata tradisional itu dengan perkara-perkara mistik.

Menurutnya, dia tidak ambil pusing, sebaliknya masih teguh dengan pendirian bahawa keris adalah lambang masyarakat Nusantara yang harus dipertahankan.

Edzreen Edzwan Kamalrudin keris melayu warisan bangsa senjata tradisional kuala kangsar perak
Pelbagai jenis keris mempunyai pamor atau corak yang dijual di Galeri Keris Empire di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.

“Ada yang mendakwa keris ini bahaya sebab ia berhantu. Bagi saya, mereka yang cakap begitu hanya tahu bercakap sahaja.

“Para guru (pakar dalam ilmu keris) yang saya jumpa selama kini tidak pernah mengeluarkan amaran sedemikian (untuk saya teruskan dalam perniagaan ini).

“Sedangkan, mereka ini adalah golongan yang lebih tahu tentang keris. Jadi saya memang tidak ambil kisah terhadap apa yang mereka cakap,” katanya.

Salah satu bilah keris mempunyai bentuk naga di Galeri Keris Empire di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.

Reka bentuk Keris Taming Sari antara peroleh permintaan tinggi

Edzreen memberitahu, terdapat pelbagai jenis keris yang boleh diperoleh di Galeri Keris Empire termasuk keris yang mengikut corak tempa tempatan serta negara luar seperti Indonesia dan Thailand.

Katanya, antara jenis keris yang sering mendapat permintaan tinggi adalah Keris Lancang atau Keris Negeri Perak, Keris Selit, Keris Jawa, Keris Kedah serta reka bentuk Keris Taming Sari.

Pemilik Galeri Keris Empire, Edzreen Edzwan Kamalrudin, 27, menyusun keris di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.

Tambahnya lagi, selain keris yang sedia dipamerkan di galeri, dia turut menerima tempahan-tempahan keris yang mana ia memakan masa empat ke enam bulan untuk disiapkan.

“Setiap keris yang ada di sini saya peroleh daripada empu di Pak Mazin di Kuala Kangsar, Kedah, Kelantan, Terengganu serta dari Indonesia. Dan mereka ini menghasilkan keris secara tradisional.

Pemilik Galeri Keris Empire, Edzreen Edzwan Kamalrudin, 27, menunjukkan keris selit semenanjung yang dijual di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.

“Selain daripada yang ditempa baru, saya juga ada menjual keris lama berusia ratusan tahun yang saya peroleh daripada pelbagai pihak ,” ujarnya.

Menurut Edzreen, harga keris yang dijual mengikut beberapa kategori iaitu bermula pada harga sekitar RM195 sehingga ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Tembusi pasaran antarabangsa

Edzreen berkata, perniagaannya mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya melebarkan sayap ke seluruh negara dan antarabangsa.

Katanya, ia impak daripada 80 peratus perusahaan di Galeri Keris Empire yang dijalankan secara atas talian iaitu melalui laman sesawang, media sosial dan laman membeli-belah atas talian.

Kerambit antara dijual di Galeri Keris Empire di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.

“Saya pernah menghantar pesanan keris ini sehingga ke Singapura, Amerika Syarikat, dan Kuwait. Walau rata-rata pelanggan Orang Melayu, namun saya juga ada menerima tempahan pembelian daripada yang bukan berbangsa Melayu,” kata Edzreen.

Pemilik Galeri Keris Empire, Edzreen Edzwan Kamalrudin, 27, menunjukkan salah satu keris yang dijual di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.
Pelbagai jenis keris yang dijual di Galeri Keris Empire di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAY 2024.

Dalam pada itu, Edzreen berkata, jika ada sesiapa yang seusia dengannya dan mempunyai minat sama, perasaan takut harus dikikis dan teruskan hasrat itu.

“Keris ini adalah pusaka warisan bangsa Melayu kita. Jika ada yang minat (untuk meneroka dalam ilmu berkaitan keris) teruskan.

“Malah dalam zaman kini, semua maklumat ada di hujung jari. (Dan jika sudah mahir) manfaatkan ilmu itu media sosial dengan kita mengajar masyarakat dan kita membantu melupuskan stigma kononnya keris ini ada kaitan dengan mistik sahaja,” tambahnya. -MG Perak

TONTON:

MGPerak: Keunikan Keris, Tambat Hati Anak Muda Kuala Kangsar

MGPerak: Keunikan Keris, Tambat Hati Anak Muda Kuala Kangsar

Artikel Berkaitan:

Lenggong kaya dengan khazanah warisan, sejarah dunia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI