Perak belum ada pendirian pindahkan SERATA

IPOH – Kerajaan negeri Perak belum menetapkan pendirian berhubung isu tular di media sosial berkaitan bantahan perpindahan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) di Jalan Raja Dihilir, yang didakwa akan dipindahkan ke Seri Iskandar, Parit.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini perkara melibatkan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) itu belum sampai ke pengetahuannya secara terperinci.

“Belum sampai kepada pengetahuan saya sama ada ia (isu pindah sekolah SERATA) merupakan bantahan rasmi ataupun datang daripada cakap-cakap (orang).

“Saya perlu berlaku adil kepada semua pihak serta mengambil kira orang yang membuat cadangan dan juga kumpulan yang membantah cadangan.

“Sebab ia ada pro dan kontra dan setakat ini kerajaan negeri belum ada pendirian apa-apa sehingga kita dapat duduk berbincang bersama-sama.

“Apapun yang kita buat mestilah untuk kepentingan kepada pelajar-pelajar sekolah itu sendiri,” katanya.

Perak belum ada pendirian pindahkan Sekolah Raja Perempuan Taayah
Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA), Ipoh.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Exco, Jabatan, Agensi Angkat Sempena Temasya Sukma XXI (ke-21) 2024 Sarawak di perkarangan Pejabat Menteri Besar Perak pada Rabu.

Terdahulu, tular bantahan berbentuk pungutan suara melalui laman sesawang borang dalam talian Google Form yang ditujukan kepada kalangan alumni sekolah berkenaan yang dikesan mula digerakkan sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan keterangan yang disertakan bersama borang dalam talian itu, ia menyatakan sekolah berusia 64 tahun itu besar kemungkinan akan dipindahkan ke Seri Iskandar.\

Ia memandangkan tanah yang diwakafkan sebelum ini bagi pembinaan sekolah itu di tapak asalnya akan diambil semula oleh “pihak berkenaan” untuk dijadikan pusat komersil.

Pautan sama turut menyatakan sebagai tanda bantahan, pihak pentadbir sekolah memerlukan sokongan daripada alumni sekolah terbabit untuk menyokong usul bantahan terhadap isu pemindahan sekolah itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Guru Besar tinggal dalam stor sekolah lebih tiga tahun demi pendidikan anak murid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI