MGPerak: KUDR Ambil Alih Kebenaran Korek Jalan Bagi Pasang, Selenggara Utiliti

298

IPOH -Segala permohonan melibatkan pemasangan dan penyelenggaraan utiliti seperti permohonan melibatkan korekgali jalan hendak dibuat melalui agensi Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) bermula 1 Julai.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak lagi menerima sebarang permohonan permit dan korekan bermula 18 Jun kerana semua permohonan harus melalui sistem atas talian yang dibangunkan leh KUDR iaitu KUDRAT.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, ia merupakan satu arahan daripada kerajaan negeri supaya kesemua PBT perlu campur tangan dalam membantu pelaksanaan penyelenggaraan.

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini