Perak pertimbang cadangan diri hab halal setiap daerah

PARIT – Kerajaan Negeri Perak bersedia mengkaji cadangan bagi mewujudkan pusat sehenti dan hab halal yang akan memberi manfaat kepada usahawan di setiap daerah.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kajian itu juga akan melibatkan perbincangan dengan agensi-agensi berkaitan bagi melihat kaedah pelaksanaanya.

Kerajaan negeri Perak pusat sehenti usahawan hab halal setiap daerah exco perak Datuk Salbiah Mohamed cadangan
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika Program Open Mic With Kak Sal bersama usahawan di Black Caravan, Seri Iskandar, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JUN 2024.

“Ada juga yang mencadangkan supaya dapat diadakan ruang atau tanah bagi pemain-pemain industri dalam bidang servis makanan dan minuman untuk mereka bina kilang berkaitan.

“Perkara-perkara seperti ini sebenarnya boleh dilaksanakan dan saya akan bicangkan dengan agensi-agensi berkaitan. Mungkin kita buat satu projek rintis dan saya akan cuba usahakan.

“Saya mudah, jika perkara itu boleh dilaksanakan dan ada jalan saya akan cuba pastikan ia dapat dilakukan,” katanya.

Kerajaan negeri Perak pusat sehenti usahawan hab halal setiap daerah exco perak Datuk Salbiah Mohamed cadangan
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika Program Open Mic With Kak Sal bersama usahawan di Black Caravan, Seri Iskandar, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JUN 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Open Mic With Kak Sal Bersama Usahawan di Restoran The Black Caravan, Seri Iskandar, dekat sini, pada Khamis.

Menurut Salbiah, program siri kedua itu merupakan platform bagi mengeratkan hubungan antara usahawan dengan pihak agensi dan kerajaan.

Kata beliau, ia juga sebagai memberi ruang kepada mana-mana usahawan di Perak untuk mengutarakan sebarang masalah mahupun cadangan bagi diambil tindakan lanjut.

Salbiah menambah, antara perkara lain yang dibangkitkan dalam program berkenaan adalah berhadapan dengan kerenah birokrasi sehingga menyukarkan mereka untuk akses kepada bantuan-bantuan daripada agensi berkaitan.

Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berbincang dengan usahawan pada Program Open Mic With Kak Sal bersama usahawan di Black Caravan, Seri Iskandar, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JUN 2024.

“Walaupun ada kalangan mereka ini telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan, namun masih berhadapan dengan masalah kekurangan informasi berkaitan bantuan-bantuan disediakan kerajaan.

“Pada masa sama, sudah pasti ada juga usahawan kecil, mikro dan yang tidak formal pun berhadapan dengan masalah sama.

“Oleh itu, program Open Mic With Kak Sal ini adalah peluang untuk kita memperkenalkan agensi dan bantuan-bantuan, di samping mendapat percambahan minda daripada mereka,” ujarnya lagi. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

529 usahawan IAT Perak rekod nilai jualan RM65.52 juta 2023

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI