SUKMA: Perak pertaruh 777 atlet, tawar RM5,000 penyumbang emas

IPOH – Seramai 777 atlet Negeri Perak akan berentap pada pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kesemua mereka membawa harapan 2.5 juta rakyat negeri ini dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 35 pingat emas dan lima tertinggi kedudukan terbaik.

Katanya, sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Perak mengumumkan insentif kepada atlet yang berjaya menyumbang pingat pada temasya sukan dwitahunan itu nanti.

Sukma atlet perak emas pingat kerajaan negeri saarani acara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak “Belang Tarung Tiga Warna” Kontinjen SUKMA Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 OGOS 2024.

“Pemenang pingat emas emas bagi atlet individu akan menerima RM5,000, RM3,000 (perak), dan RM1,000 (gangsa).

“Manakala bagi kategori berpasukan, RM2,500 disediakan untuk yang meraih pingat emas, RM1,500 (perak), dan RM500 (gangsa).

“Para jurulatih dan pengurus juga akan menerima insentif berdasarkan pencapaian atlet di bawah didikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak ‘Belang Tarung Tiga Warna’ Kontinjen SUKMA Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini pada Ahad.

Sukma atlet perak emas pingat kerajaan negeri saarani acara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan bendera negeri Perak kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak “Belang Tarung Tiga Warna” Kontinjen SUKMA Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 OGOS 2024.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Majlis turut menyaksikan pelancaran pakaian rasmi kontinjen Perak yang mengambil warna Bendera Negeri Perak iaitu, hitam, putih dan kuning sebagai warna pakaian.

Media pada Sabtu melaporkan Selangor menawarkan insentif kemenangan atlet RM10,000 kepada atlet individu serta RM3,000 bagi acara berpasukan dengan lima pemain ke bawah yang menyumbang emas pada SUKMA ke-21 di Sarawak.

Dalam pada itu Saarani memberitahu, Perak meletakkan sukan tempur seperti acara judo, karate, pencak silat, muay thai, serta kriket, dan hoki antara sukan yang disasarkan menyumbang emas kepada kontinjen negeri.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga bersedia untuk mempertimbangkan insentif tambahan kepada atlet yang akan mempamerkan kejayaan luar biasa pada temasya sukan itu.

“Kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif penting dalam usaha mempersiapkan para atlet untuk menghadapi SUKMA kali ini.

Sukma atlet perak emas pingat kerajaan negeri saarani acara
Barisan atlet negeri Perak pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak “Belang Tarung Tiga Warna” Kontinjen SUKMA Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 OGOS 2024.

“Ia termasuk tiga kem motivasi yang dijalankan seperti Kem SUKMA Negeri Perak ‘Silver To Gold’, Kem Atlet Podium Perak, dan Kem Belang Tarung Tiga Warna.

“Juga diadakan program Latihan Pusat Fasa Akhir yang mana ia sedang giat dijalankan di mana para atlet menjalani latihan intensif di bawah kendalian jurulatih pakar,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, seramai 86 orang urus setia dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mengiringi turut terlibat dalam persiapan para atlet untuk menghadapi temasya SUKMA.

“Walaupun kita hanya menduduki tangga kelapan dalam edisi SUKMA yang lalu, itu bukanlah penamat perjuangan kita.

“Slogan ‘Silver to Gold’ bukan sekadar ingin meningkatkan pencapaian, tetapi kita berhasrat untuk memperoleh lebih banyak pingat emas,” ujar beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

SUKMA Sarawak: Perak mahu di kedudukan lima terbaik, sasar 35 emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI