MGPerak: Lebuh Raya Gopeng-Kuala Kangsar: Syarikat WISE Sudah Tandatangani Konsesi Dengan Perak

5456

PARIT BUNTAR – Kerajaan Negeri Perak mengesahkan perjanjian konsesi bagi projek pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) telah ditandatangani di Putrajaya, pada Rabu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau dimaklumkan perjanjian itu telah ditandatangani antara Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) sebelum ini, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dengan wakil syarikat WISE.

Katanya, susulan itu projek pembinaan lebuh raya yang menghubungkan antara Gopeng dan Kuala Kangsar mungkin akan dimulakan dalam kadar segera. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini