UPSI Sports Bowl dibuka kepada awam

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengorak langkah ke hadapan apabila pusat aktiviti sukan boling, UPSI Sports Bowl dibuka kepada awam bermula 14 September lalu.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, kemudahan boling 24 lorong itu turut dilengkapi dengan surau dan kafeteria yang mampu menjadi tarikan kepada warga kampus serta masyarakat setempat.

Katanya, UPSI giat membangunkan pelbagai kemudahan selaras dengan konsep universiti yang memberi manfaat untuk komuniti.

“Kami mengalu-alukan orang ramai di luar kampus untuk bermain di sini, dan bawalah keluarga untuk beriadah dan mengeratkan hubungan menerusi sukan boling.

“UPSI Sports Bowl yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City ini akan dirasmikan oleh Canselor UPSI, Tuanku Zara Salim pada Oktober depan,” katanya dalam satu kenyataan.

UPSI Sports Bowl dibuka kepada awam universiti Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff awam sukan boling
Antara pelajar yang mengambil peluang bermain boling di UPSI Sports Bowl. foto IHSAN UPSI

Tambah beliau, kemudahan UPSI Sports Bowl itu selaras dengan fokus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi setempat.

Ujar beliau, ia terutama pada sepanjang tempoh sesi pengajian serta Majlis Istiadat Konvokesyen yang dijadual berlangsung November nanti.

Jelas Md Amin, kemudahan lain seperti kolam renang, UPSI Adventure Park, Lapang Sasar Golf serta UPSI Sport City juga mampu memberi kesan positif kepada aktiviti pelancongan di daerah Muallim.

“Dengan jumlah pelajar seramai hampir 20,000, UPSI menjadi penyumbang besar terhadap aktiviti perniagaan dan penginapan di daerah itu.

“Pelajar-pelajar UPSI yang menjalani Latihan Mengajar (LM) dan Latihan Industri( LI) sangat komited dalam mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

“Kami membentuk mahasiswa agar bukan sahaja cemerlang akademik tetapi beradab dan berakhlak kerana itu juga yang dipandang majikan dan masyarakat,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

UPSI prihatin sumbang kerusi roda elektrik, takaful kepada staf, waris

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI