Tular sate ‘daging anjing’, di Sitiawan tidak benar

IPOH – Beberapa hantaran yang tular di media sosial berhubung sekumpulan warga asing menjual sate menggunakan daging anjing berhampiran sebuah pasar raya di Sitiawan, Manjung adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah.

“Saya tidak mendapat maklumat dan kejadian itu bukan berlaku di Manjung,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, pada Khamis,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Syamsul Hazeman Md Salleh mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima.sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.

Tular sate ‘daging anjing’, tidak benar
Semakan melalui media sosial mendapati kejadian itu dipercayai berlaku di Bazar Geylang Raya, Singapura pada 2017. – Foto Media Sosial

“Saya tidak mendapat maklumat dan kejadian itu bukan berlaku di Manjung,” katanya.

Terdahulu, tular hantaran di media sosial yang mendakwa sekumpulan warga Myanmar Muslim ditangkap di Sitiawan memasak sate anjing.

Bagaimanapun, semakan menerusi media sosial mendapati kejadian itu dipercayai berlaku di Bazar Geylang Raya, Singapura pada 2017. – MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

‘Sebelum cerita saya ‘viral’, susah nak dapat bantuan’ – Mekanik buta

MGPerak: ‘Dah Viral Baru Dapat Bantuan’ – Mekanik Buta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI