PKS diminta lebih proaktif melindungi data pelanggan

IPOH – Golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diminta untuk lebih proaktif dalam melindungi data pelanggan serta aset syarikat daripada menjadi mangsa serangan ‘scam’ atau penipuan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, justeru pengusaha yang bergiat dalam sektor PKS digalakkan untuk memperkukuhkan sistem keselamatan siber mereka.

Katanya, kakitangan juga diminta untuk dilatih agar lebih peka terhadap modus operandi penipuan yang sering menyasarkan perniagaan kecil.

PKS diminta lebih proaktif melindungi data pelanggan mangsa scam saarani perak kecil
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi hadir ke Majlis Perasmian Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 NOVEMBER 2024.

“Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah ditubuhkan untuk menyelaras bantuan kepada mangsa penipuan kewangan, malah berjaya menyekat RM17.5 juta daripada dikeluarkan oleh penjenayah.

“Rakyat Perak digalakkan untuk memanfaatkan hotline 997 bagi melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan,” katanya pada Majlis Perasmian Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Selasa.

Teks Menteri Besar itu dibacakan Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi.

Turut hadir ke majlis, Ketua Pegawai Teknologi CyberSecurity Malaysia, Wan Roshaimi Wan Abdullah.

PKS diminta lebih proaktif melindungi data pelanggan mangsa scam saarani perak kecil
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 NOVEMBER 2024.

Tambah Saarani, Perak komited untuk menggembleng tenaga bersama Persekutuan serta agensi-agensi berkaitan dalam membanteras jenayah kewangan dan penipuan melalui kesedaran secara menyeluruh.

Jelas beliau, komitmen itu juga memerlukan dukungan seluruh anggota masyarakat agar dapat memperkukuhkan lagi usaha membina rakyat yang lebih peka dan bersedia.

“Walaupun terdapat penurunan sebanyak 12.7 peratus berbanding tahun lalu, penipuan dalam talian tetap menjadi isu utama.

“Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,407 kes penipuan dalam talian telah dilaporkan di Perak, melibatkan kerugian lebih RM55.3 juta,” katanya.

Ujar Saarani, warga emas dan golongan muda sering menjadi sasaran utama sindiket penipuan dalam talian.

Oleh itu beliau berkata, anak-anak diminta untuk mendidik ibu bapa tentang tanda-tanda bahaya serta risiko ‘scam’ agar mereka lebih berwaspada.

Kata Saarani, sementara golongan muda pula perlu dibimbing agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis ‘kekasih siber’ serta tipu daya lain yang boleh memudaratkan diri serta masa depan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

32,676 kandungan penipuan atau scam diturunkan setakat 15 Ogos

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI