PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau berpendapat sekiranya mereka merupakan warga Malaysia, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai akses dan kemudahan pendidikan buat rakyat.
“”Kalau anak-anak ini adalah warga Malaysia, sepatutnya dia bersekolah dalam Malaysia dan tidak timbul isu dari segi keselamatan mereka untuk menyeberangi sungai itu.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan hampir 500 murid dan pelajar dari Thailand menggunakan pangkalan haram bagi merentasi Sungai Golok setiap hari untuk ke sekolah di Malaysia.
Tinjauan mendapati seawal 6.30 pagi mereka sudah mula menunggu bot untuk ke Malaysia dengan caj bot dikenakan RM1 dengan lima pangkalan haram yang menjadi tumpuan termasuk pangkalan Jambu, Ibrahim Pencen dan Paun.
Mohd Yusoff berkata pihaknya akan mula menggunakan Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/1963 untuk menahan rakyat Malaysia yang pergi ke Thailand menggunakan jalan tidak diwartakan.
Ditanya mengenai pelajar sekolah dari Thailand dan Malaysia yang keluar masuk menggunakan laluan itu untuk belajar di kedua-dua negara, Mohd Yusoff berkata mereka juga perlu masuk secara sah melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
— BERNAMA