Bersih bagi D, nanti esok naiklah jadi A – Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berlapang dada dan bersikap terbuka dengan penilaian gred D yang diberikan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) terhadap pentadbirannya.

Jelas Perdana Menteri, Kerajaan Perpaduan pimpinannya masih terlalu baharu.

“Tentang Bersih tidak mengapalah, Bersih bagi D tetapi bukan F, mudah-mudahan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dapat D, tetapi sewaktu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok (nanti), naik jadi A lah. Kita (Kerajaan Perpaduan) baru sangat,” katanya dalam sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar (PH-Tambun) menjawab soalan tambahan Awang Hashim (PN-Pendang) yang meminta penjelasan beliau berhubung pengiktirafan gred D yang diberikan Bersih kepada kerajaan pimpinannya.

Sebelum ini, Bersih memberikan gred D iaitu 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun mentadbir negara.

Kumpulan reformasi pilihan raya itu turut meletakkan Anwar di belakang pendahulunya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menunaikan janji reformasi mereka.

Sementara itu, kepada persoalan Awang berkenaan peruntukan kepada pembangkang yang disifatkan masih suram dan kelam, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pembangkang perlu berunding berhubung perkara itu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof.

“Tentang peruntukan, saya tidak faham hal ini pun termasuk dalam laporan Bersih. Dia mengenepikan kenyataan saya ketika itu sebagai Ketua Pembangkang yang mana saya berunding dengan Perdana Menteri dan setelah berunding, baru diputuskan.

“Kita tidak terima draf awal, kita terima draf yang dipinda dan Larut (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin) pun maklum perkara ini.

“Pandangan kita kepada Timbalan Perdana Menteri II jelas, (pihak pembangkang) harus berunding,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Anwar, keengganan pembangkang berunding menyebabkan perkara berkenaan peruntukan itu tertangguh sehingga kini.

“Tetapi nampaknya pembangkang berunding menyebabkan hak ini tertanggaug,” ujar beliau.

“Kalau Pendang setuju jadi salah seorang perunding, kita boleh runding segera,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI