Spesifikasi perolehan senjata perlu kekal rahsia – Anwar

KUALA LUMPUR – Mana-mana negara di dunia tidak membincangkan secara terbuka berhubung spesifikasi teknikal dan keperluan keselamatan, jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau tidak bersetuju untuk membahaskan spesifikasi dan keperluan pembelian helikopter untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen secara terbuka.

“Adakah ia boleh dibincangkan secara terbuka? Tiada mana-mana negara di dunia yang membincangkannya secara terbuka, dan saya tidak bersetuju jika ia melibatkan isu seperti perolehan senjata (dibincangkan dalam jawatankuasa).

“Bolehkah spesifikasi setiap helikopter dibahaskan di Parlimen? Ia boleh (dibincangkan) kemudian jika perlu, dan kita mungkin meminta Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri untuk menyemak apa yang boleh dikongsi.

“Namun, adalah tidak sesuai untuk membincangkan perkara yang berkaitan keselamatan negara, seperti meneliti spesifikasi, keperluan dan keupayaan peralatan ketenteraan kita (dalam jawatankuasa),” jelas Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar (PH-Tambun) menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang ingin tahu sama ada helikopter yang dibekalkan kepada tentera telah melalui ujian dan memenuhi spesifikasi ketenteraan.

Ikmal dalam masa sama turut mencadangkan agar cadangan penyewaan itu dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, yang terdiri daripada kedua-dua pihak, bagi memastikan ketelusan yang lebih tinggi.

Menurut Ikmal, jawatankuasa itu akan memastikan aset tersebut benar-benar memenuhi spesifikasi yang diperlukan dan keperluan pengguna akhir.

“Kita tidak boleh ambil mudah soal keselamatan dan kedaulatan negara, tentata kita mesti dibekalkan dengan kelengkapan yang memenuhi kelengkapan mereka,” kata Ikhmal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI