Tiada masalah Geely buka cawangan luar Malaysia – Exco

IPOH – Pembangunan projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim khususnya tidak terjejas susulan langkah Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) membangunkan pengedaran kereta keluarannya di negara lain termasuk Indonesia.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan, dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee, menjelaskan bahawa tindakan Geely membuka cawangan di lokasi lain bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Menurutnya, Geely masih memerlukan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (Proton) sebagai rakan kongsi di Malaysia kerana kedua-dua syarikat pengeluar kereta tersebut mempunyai keunikan tersendiri.

“Sebenarnya tiada apa masalah. Contohnya, jika saya buka Oldtown Kopitiam dekat kampung ini tidak bermakna saya tidak boleh buka kopitiam sama di kampung lain.

“Keduanya, sudah tentu jika kita tengok dia (Proton) juga memerlukan kerjasama sebab Geely. Ini disebabkan Geely adalah rakan kepada Proton di Malaysia dan dia (Geely) mempunyai satu keunikan hubungan berbanding dengan negara-negara lain.

“Dalam perbincangan antara mereka mungkin ada sedikit mengambil masa. Jadi itu adalah set yang agak berlainan namun setakat ini kita masih berada dalam landasan yang betul,” katanya selepas menghadiri Jelajah Malaysia Digital @ Perak di Hotel Lost World di di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi menjawab laporan beberapa portal termasuk laman media sosial berkaitan automotif yang mendakwa berlaku ketegangan antara Proton dan Geely apabila Geely didakwa memungkiri janji terhadap Proton berkaitan pasaran kereta di negara jiran.

Laporan itu turut menyebut pelanggaran janji Geely terhadap Proton untuk tidak memasuki pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) yang lebih besar dan menguntungkan di rantau ASEAN.

Bagaimanapun, janji itu dilanggar apabila Geely melancarkan model kenderaan elektrik bateri global (BEV) Geely EX5 di Thailand pada November 2024.

Dalam pada itu, turut dilaporkan bahawa Geely mengumumkan sudah menjalin perkongsian strategik dengan lima pengedar terkemuka di Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha untuk berkembang ke pasaran kepulauan itu pada awal Disember lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Geely, Proton mahu bangunkan Institut Teknologi Lanjutan di PSAS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI