Kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000

ALOR SETAR – Seorang kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.

Mohd Abd Rahman Hamzah, 41, didakwa sebagai seorang kerani tingkatan biasa yang diamanahkan wang dalam akaun milik Masjid Kampung Paya, telah melakukan pecah amanah dengan menjadikannya untuk kegunaan sendiri antara 23 Mac hingga 26 Julai 2022 di Bank Rakyat Cawangan Kuala Nerang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum  14 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ab Rashid mencadangkan jaminan RM60,000, namun peguam  Ilyana Syafiqa Md Saad yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga.

Hakim Mazdi Abdul Hamid kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkannya melapor diri setiap bulan di balai polis serta menyerahkan pasport dan menetapkan 16 Feb ini untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI