Kira-kira 17,000 rakyat berbilang kaum memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak yang diadakan di Stadium Indera Mulia, di sini pada Sabtu.
Orang ramai dari dalam dan luar negeri Perak hadir ke majlis anjuran Kerajaan Negeri Perak itu yang bermula sejak jam 10.30 pagi.
Pelbagai juadah makanan Melayu, Cina dan India turut disediakan untuk orang ramai menikmatinya ketika menghadiri majlis berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak