100 hidangan Syurga Rasa Ramadan di Casuarina@Meru

IPOH – Kehadiran bulan Ramadan pastinya lebih menarik apabila ia dapat diserikan dengan pelbagai aneka juadah berbuka puasa.

Kali ini Hotel Casuarina@Meru di Meru Raya dekat sini menawarkan lebih daripada 100 hidangan berbuka puasa bertemakan ‘Syurga Rasa Ramadan’ bermula pada 3 Mac sehingga 28 Mac depan.

Daripada kibas panggang, burung puyuh berempah, ikan patin masak lemak tempoyak, gulai kawah kambing, daging dendeng, hingga ke pucuk ubi masak lemak labu dan ayam golek pandan, pastinya akan memukau selera pengunjung.

hidangan Syurga Rasa Ramadan juadah berbuka puasa Hotel Casuarina@Meru Sabrina
Kibas panggang antara juadah berbuka puasa Syurga Rasa Ramadan di Hotel Casuarina@Meru di Meru Raya. Foto FB Casuarina Meru

Juadah yang disediakan barisan chef berpengalaman yang diketuai Chef Muhammad Fariz Abdul Lateh turut dilengkapi dengan shawarma ayam, bubur lambuk tulang kambing, pasembur, nasi mandy dalca sayur tulang kibas, char kuey teow dan sebagainya.

Menurut Muhammad Fariz, Hotel Casuarina@Meru turut menyajikan pelbagai kuih-muih seperti tepung pelita, kole kacang, dan puteri mandi buat menambahkan lagi selera pengunjung berbuka puasa.

hidangan Syurga Rasa Ramadan juadah berbuka puasa Hotel Casuarina@Meru Sabrina
Penyediaan juadah berbuka puasa pada majlis previu Syurga Rasa Ramadan di Hotel Casuarina@Meru di Meru Raya.

“Kami menawarkan pilihan menu daripada hidangan tradisional hingga kontemporari, yang mana ia bakal menambat selera pengunjung.

“Setiap juadah kami hidangkan dengan nuansa kekeluargaan dan kehangatan yang pastinya akan mengimbau kenangan Ramadan,” katanya.

Pengurus Besar Hotel Casuarina@Meru, Sabrina Ahmad Tah berkata, bufet Syurga Rasa Ramadan ditawarkan pada harga RM88 untuk dewasa, warga emas (RM85), dan kanak-kanak lima tahun ke atas (RM58).

Antara juadah berbuka puasa pada majlis previu Syurga Rasa Ramadan di Hotel Casuarina@Meru di Meru Raya.

Kata beliau, pihaknya juga turut menawarkan tempahan awal atau baucar ‘early bird’ bagi pengunjung dewasa dengan tawaran harga RM80, yang boleh ditempah sebelum 25 Februari ini.

“Dianggarkan 1,000 pengunjung bufet Syurga Rasa Ramadan mampu dimuatkan di Pusat Konvensyen Casuarina yang mana suasana cukup selesa.

“Selain itu kami juga mempunyai ruang solat kepada pengunjung di samping imam bagi mereka yang mahu menunaikan solat sunat tarawih,” ujarnya.

Penyediaan juadah berbuka puasa pada majlis previu Syurga Rasa Ramadan di Hotel Casuarina@Meru di Meru Raya.

Sementara itu Sabrina menambah, Hotel Casuarina@Meru turut menawarkan dua pakej penginapan dua hari satu malam iaitu pakej Barakah dan Sinar Ramadan.

“Pakej Barakah bermula dengan harga RM358 satu malam, beserta sahur dan berbuka puasa untuk dua orang.

“Manakala, pakej Sinar Ramadan bermula dengan harga RM200 ditawarkan bagi penginapan satu malam, termasuk sahur untuk dua orang,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Harga kelapa, santan dijangka meningkat bulan Ramadan

100 hidangan Syurga Rasa Ramadan

100 hidangan Syurga Rasa Ramadan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI