TANJUNG MALIM – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Karnival Siswa Perak Sejahtera 3.0 di Dewan Panggung Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, pada Sabtu.
Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah serta Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.
Karnival berkenaan menghimpunkan lebih daripada 900 mahasiswa anak Perak daripada pelbagai institusi pengajian tinggi serta pelajar Tingkatan Enam dari seluruh negara. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





