GOPENG – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak berpandangan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tidak perlu diadakan lebih awal daripada tempoh penggal kerana kerajaan masih mempunyai tempoh untuk melaksanakan agenda pembangunan yang dirancang.
Naib Pengerusi PKR Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, dalam konteks negeri, beliau melihat tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana tindakan itu boleh menjejaskan kelancaran pentadbiran dan perancangan kerajaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





