Malaysia berhasrat untuk mengekalkan dominasi dalam sektor halal global melalui penyertaan pada Ekspo Dunia yang akan berlangsung di Osaka, Jepun selama enam bulan bermula pada pertengahan April depan.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), Khairul Azwan Harun berkata, justeru pihaknya menyasarkan 2,000 penyertaan dalam kalangan usahawan dan syarikat Malaysia untuk menyertai ekspo antarabangsa berkenaan.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Halal Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meminta agar HDC meningkatkan bilangan penyertaan pemain industri halal tempatan ke acara berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak