Air Kuning merupakan salah sebuah pekan kecil yang terletak di dalam Daerah Batang Padang dan berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dan Parlimen Tapah.
Pekan kecil itu kini menjadi antara lokasi tumpuan ekoran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada 26 April susulan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu.
Rekod Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) menunjukkan seramai 31,897 orang pemilih akan mengundi sempena PRK berkenaan. -MGPerak