Golongan muda terutamanya pengundi baharu dinasihatkan tidak terpengaruh dengan fitnah dan dakwaan jahat mengatakan UMNO bergabung dengan DAP sehingga digelar UMDAP.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebaliknya menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO tidak pernah bergabung dengan mana-mana parti selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, sebaliknya BN hanya menubuhkan kerajaan sedia ada bersama Pakatan Harapan (PH) berdasarkan perjanjian dengan gabungan parti berkenaan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning