Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Nusantara Bersama M Nasir

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Nusantara Bersama Datuk Dr M Nasir anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) di Pusat Konvensyen Ipoh, pada Sabtu.

Berangkat sama ke majlis sekitar jam 8.40 malam adalah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir mengiringi keberangkatan baginda berdua, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Presiden KBGK, Muhammad Hamzah Md. Hamdan serta Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.

Sultan Nazrin Majlis Amal KBGK Majlis Makan Malam Amal Nusantara Kelab Bakti Gunung Keledang KBGK kutip dana kebajikan sumbangan KBGK rumah anak yatim MoU KBGK dan USAS Pelan Perak Sejahtera 2030
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenaan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Nusantara Bersama Datuk M. Nasir anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) di Pusat Konvensyen Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 MEI 2025.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,400 orang tetamu itu, KBGK berjaya mengutip dana lebih RM700,000 hasil pembelian atau tempahan sebanyak 140 meja.

Di samping itu, KBGK juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM150,000 kepada 10 penerima termasuk rumah kebajikan, maahad tahfiz dan persatuan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenaan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Nusantara Bersama Datuk M. Nasir anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) di Pusat Konvensyen Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 MEI 2025.

Antara penerima adalah Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih Abie, Taman Cempaka; Pusat Pendidikan Orang Asli Kampung Lalang; Tabung Pelajar Yatim The Malay College Kuala Kangsar serta Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin, Sungai Ular.

Sultan Nazrin Majlis Amal KBGK Majlis Makan Malam Amal Nusantara Kelab Bakti Gunung Keledang KBGK kutip dana kebajikan sumbangan KBGK rumah anak yatim MoU KBGK dan USAS Pelan Perak Sejahtera 2030
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK), Muhammad Hamzah Dato Md Hamdan bergambar bersama penerima sumbangan pada Majlis Makan Malam Amal Nusantara Bersama Datuk M. Nasir anjuran KBGK di Pusat Konvensyen Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 MEI 2025.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK), Muhammad Hamzah Dato Md Hamdan ketika sesi bergambar pada Majlis Makan Malam Amal Nusantara Bersama Datuk M. Nasir anjuran KBGK di Pusat Konvensyen Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 MEI 2025.

Selain itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyaksikan majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara KBGK dengan empat pihak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Pada masa sama, Muhammad Hamzah dalam sembah ucapannya berkata, bagi tahun ini KBGK memberi tumpuan kepada hala tuju baharu selaras dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Kelab dengan ini berikrar untuk membantu kerajaan negeri memberi penerangan tentang program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada warga ibu bapa di Perak.

“Mudah-mudahan dengan sedikit pengalaman ahli-ahli kelab dalam bidang ini dapat membantu menjayakan usaha kerajaan negeri ini,” katanya.

Sultan Nazrin Majlis Amal KBGK Majlis Makan Malam Amal Nusantara Kelab Bakti Gunung Keledang KBGK kutip dana kebajikan sumbangan KBGK rumah anak yatim MoU KBGK dan USAS Pelan Perak Sejahtera 2030
Penyanyi tanah air, Datuk M. Nasir menghiburkan tetamu pada Majlis Makan Malam Amal Nusantara Bersama Datuk M. Nasir anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) di Pusat Konvensyen Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 MEI 2025.

Majlis Makan Malam Amal Nusantara KBGK itu diserikan dengan persembahan penyanyi yang juga maestro muzik terkemuka tanah air, Datuk M. Nasir.

Antara lagu yang disampaikan beliau adalah Mentera Semerah Padi, Ada, Tanya Sama Itu Hud-Hud, Hati Emas, Mustika, Bonda dan Satu Hari di Hari Raya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

M Nasir bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Persembahan UPSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI