KUALA LUMPUR – Malaysia tidak terlibat dalam sebarang bentuk pembangunan atau penyelarasan berhubung inisiatif kecerdasan buatan (AI) oleh Skyvast Corporation yang dilancarkan baru-baru ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kehadiran beliau pada majlis pelancaran itu pada Isnin lepas hanya untuk menyokong terhadap usaha pembangunan teknologi dan inovasi tempatan.
Beliau berkata perkara itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh ekosistem digital negara.
“Kenyataan saya menumpukan kepada aspirasi Kerajaan MADANI dalam menyokong pertumbuhan sektor digital dan inovasi teknologi tempatan.
“Tanpa memberikan sebarang pengendorsan terhadap mana-mana entiti mahupun teknologi tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
— BERNAMA