LENGGONG – Badan ‘geopark’ atau taman geologi antarabangsa Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dijadual akan melakukan penilaian rasmi UNESCO Global Geopark di sini pada Julai nanti.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, penilaian dilakukan oleh tenaga-tenaga pakar dari Jepun dan Turkiye dijangka akan berlangsung selama lima hari bermula 10 Julai.
Kata beliau, sekiranya hasil penilaian berkenaan mendapat keputusan yang memberangsangkan, Lenggong bakal mendapat pengiktirafan sebagai tapak UNESCO Global Geopark atau Taman Geologi Global UNESCO ketiga di Malaysia, selepas Kinabalu di Sabah, dan Langkawi, Kedah. – MGPerak