PM Anwar arahkan KPT selaras bantuan buat keluarga mangsa nahas di Gerik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa kemalangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi.

Beliau berkata musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang, seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi.

“Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa dan mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.

“Saya dan Azizah amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar,” katanya.

Dilaporkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, menyebabkan bas berkenaan terbalik.

Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tajung Malim, Perak.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI