Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perak menurun

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perak mencatatkan penurunan pagi ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini 356 orang.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di empat PPS menurun kepada 249 daripada 81 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 253 daripada 83 keluarga, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata empat PPS itu ialah tiga di daerah Kota Setar dan satu di daerah Kubang Pasu.

“Di Kota Setar, seramai 105 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah, 88 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, manakala SK Taman Aman menempatkan 20 mangsa daripada 10 keluarga.

“Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Seberang Chegar, Kampung Alor Gunung, Kampung Pulau Kerengga, Kampung Alor Senjaya, Kampung Alor Perang, Kampung Bohor, Kampung Anak Bukit, Kampung Alor Gunong dan Kampung Seberang Alor Gunong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di daerah Kubang Pasu, jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Malau yang dibuka sejak Isnin, menurun kepada 36 orang daripada tujuh keluarga berbanding 40 orang daripada lapan keluarga malam tadi.

“PPS itu dibuka akibat banjir di beberapa kawasan antaranya Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Keong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak,” katanya.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa di empat PPS juga berkurangan kepada 107 mangsa daripada 31 keluarga pagi ini berbanding 114 mangsa daripada 33 keluarga, malam tadi.

Empat PPS yang masih beroperasi melibatkan Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak yang menempatkan 23 mangsa daripada tujuh keluarga, SK Changkat Lobak (18 mangsa daripada tiga keluarga) dan SK Alor Pongsu (57 mangsa daripada 19 keluarga) di Kerian serta Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A (sembilan mangsa daripada dua keluarga) di Kinta.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI