TAIPING – Institusi muzium di seluruh negara memainkan peranan penting dalam usaha membina perpaduan nasional menerusi pelbagai inisiatif yang berkesan.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator K. Saraswathy berkata, muzium berperanan sebagai wadah menyatukan rakyat pelbagai kaum untuk menghargai serta memahami sumbangan setiap komuniti dalam membentuk jati diri dan identiti negara.
Menurutnya, muzium turut menyediakan ruang yang luas kepada masyarakat, khususnya generasi muda, untuk mengenali dan menghargai warisan melalui pameran, bengkel, persembahan seni serta aktiviti interaktif. – MGPerak