Bas baharu BAKIP permudah urusan pelajar MATAQAB

IPOH – Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP) kini memiliki sebuah bas baharu bernilai RM325,000 untuk kegunaan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik Bakip (MATAQAB) hasil sumbangan Kerajaan Negeri Perak dan beberapa penyumbang lain.

Pengerusi BAKIP, Mohamad Ziad Mohd Zainal Abidin berkata, ini adalah kali pertama BAKIP memperoleh bas baharu setelah sekian lama menggunakan bas terpakai.

Menurutnya, kerajaan negeri antara penyumbang tertinggi dengan sumbangan berjumlah RM100,000 bagi pembelian kenderaan tersebut.

Bas baharu BAKIP permudah urusan pelajar MATAQAB
Bas Badan Khidmat lslam Perak (BAKIP). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JULAI 2025.

“Sebelum ini kami hanya menggunakan bas secondhand (terpakai). Tetapi, dengan sokongan dan sumbangan daripada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, anak-anak yatim BAKIP dapat merasai sebuah bas baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysia Gazette (MG) Perak selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Yatim BAKIP di Dewan Dato’ Zainal Abidin MATAQAB, Meru Raya di sini, pada Khamis.

Pada majlis itu, Saarani turut mengadakan upacara simbolik perasmian bas tersebut serta menyampaikan surat sumbangan katil pesakit kepada wakil masjid di sekitar Perak.

Bas baharu BAKIP permudah urusan pelajar MATAQAB
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan bas Badan Khidmat lslam Perak (BAKIP) pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Yatim BAKIP di Maahad Tahfiz al-Quran dan Akademik BAKIP (MATAQAB), Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JULAI 2025.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Ziad turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Menteri Besar terhadap keperluan pelajar di institusi tersebut.

“Sebentar tadi menerusi ucapan Menteri Besar, beliau menyatakan akan cuba membantu supaya makmal sains dapat dibina di sini supaya pelajar bukan sahaja hafal, tetapi dapat menguasai apabila apabila membuat amali di makmal sains tersebut.

“Saya bagi pihak BAKIP dan MATAQAB mengucapkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar di atas keprihatinan beliau untuk berusaha membantu supaya sebuah makmal sains yang sempurna dapat dibina di sini,” katanya.

Bas baharu BAKIP permudah urusan pelajar MATAQAB
Pengerusi Badan Khidmat lslam Perak (BAKIP), Mohamad Ziad Datuk Mohd Zainal Abidin ketika temubual bersama MG Perak pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Perak Bersama Anak Yatim BAKIP di Maahad Tahfiz al-Quran dan Akademik BAKIP (MATAQAB), Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JULAI 2025.

Katanya lagi, pihak pengurusan akan terus mengekalkan prinsip asal MATAQAB sebagai institusi pendidikan khusus untuk anak-anak yatim.

Untuk rekod, MATAQAB ditubuhkan pada 2014 dan mampu menempatkan 100 orang pelajar dari tingkatan satu hingga lima pada satu-satu masa.

Bas baharu BAKIP permudah urusan pelajar MATAQAB
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi bergambar pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Yatim Badan Khidmat lslam Perak (BAKIP) di Maahad Tahfiz al-Quran dan Akademik BAKIP (MATAQAB), Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JULAI 2025.

Keistimewaan institusi pendidikan ini adalah 100 peratus pelajarnya terdiri daripada anak-anak yatim dan ia adalah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada masa ini, MATAQAB mempunyai 79 pelajar secara keseluruhan dengan 54 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sekolah di Perak perlu patuh garis panduan KPM terima sumbangan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI