Bomba bantu keluarkan mayat lelaki dalam gaung

TAPAH – Khidmat anggota bomba diperlukan bagi mengeluarkan seorang lelaki yang ditemui maut di dalam gaung di Kampung Batu 23, Jalan Pahang di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki berusia 30-an itu daripada orang awam sekitar jam 1.48 petang.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

“Kita tiba di lokasi kita mendapati mayat mangsa dijumpai oleh orang awam di bawah gaung dalam keadaan terbaring.

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap dan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja menyelamat mangsa menggunakan peralatan menyelamat sehingga mangsa berjaya dinaikkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 4 petang,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua motosikal bertembung, seorang maut tercampak parit, seorang cedera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI