PASIR SALAK – Kerajaan Negeri Perak berjaya menarik sebuah syarikat pengeluar kenderaan elektrik terbesar dunia membuka kilang di negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, syarikat automotif dari China itu bakal beroperasi di Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV), di Tanjung Malim.
Menurut beliau, fasa pertama pembinaan kilang berkenaan melibatkan keluasan tanah berjumlah 200 ekar dengan anggaran pelaburan melangkaui bilion ringgit. – MGPerak