IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyasarkan kedatangan 150,000 pelancong luar negara khususnya dalam rantau ini ke bandar raya berkenaan pada tahun hadapan.
Oleh itu, MBI melalui Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tujuh pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk dua dari negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia, malam tadi.
PBT yang terlibat adalah Hatyai Municipality Thailand, DPR Acheh Indonesia, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Kedah, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Perlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Kampar (MDK), serta Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). – MGPerak