Tujuh lelaki ‘ratah’ budak perempuan 11 tahun

GERIK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi mangsa rogol bergilir-gilir tujuh lelaki di sebuah rumah di Kampung Pahat Luar, di sini pada 3 November lalu.

Lebih menyedihkan apabila adik lelaki mangsa berusia sembilan tahun menyaksikan perbuatan jijik kesemua lelaki terbabit terhadap kakaknya itu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, ibu mangsa hadir ke balai polis bagi membuat laporan pada Isnin lalu sekitar jam 9.26 malam selepas suaminya memaklumkan bahawa anak perempuan mereka telah dirogol.

“Siasatan lanjut mendapati pada 3 November lebih kurang 2 petang adik mangsa telah melihat tujuh orang rakan abangnya berumur dalam lingkungan 13 hingga 31 tahun merogol kakaknya dalam bilik di rumah jiran sebelah rumah mangsa.

“Enam daripada suspek merupakan adik beradik dan seorang lagi adalah rakan mereka.

“Adik lelaki mangsa turut memberitahu pernah melihat kejadian sama berlaku beberapa kali ke atas kakaknya yang tidak pernah bersekolah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Susulan laporan polis itu, beliau berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik membuat tangkapan ke atas kesemua suspek awal pagi semalam pada jam 1.51 pagi.

“Hasil saringan ujian saringan air kecil yang dijalankan mendapati kesemua suspek negatif,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimun 30 tahun dan boleh dikenakan sebat.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari mulai semalam hingga 27 November ini bagi membantu siasatan,” ujarnya. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI