Lelaki didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan dalam kejadian pada Mac lalu.

Tertuduh, Mohamad Kasim Abdul Wahab, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun di tepi Sungai Kenering di Kampung Belum Baru Lawin, Gerik, sekitar jam 1 tengah hari pada 27 Mac lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun beserta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa bagi tujuan seksual di lokasi, jam dan tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 14(6) akta sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat bagi setiap satu pertuduhan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan kacau ganggu ekoran lelaki itu tinggal berjiran dengan mangsa.

Bagaimanapun katanya, sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihaknya memohon wang jaminan tinggi dengan dua penjamin beserta syarat tambahan bahawa lelaki itu tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

lelaki amang seksual rogol remaja perempuan gerik kes rogol kes amang seksual lelaki amang seksual rogol remaja perempuan gerik kes rogol kes amang seksual
Seorang lelaki Mohamad Kasim Abdul Wahab, 52, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan dalam kejadian pada Mac lalu. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2023.

Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh, Amirul Fairuzzeen Jamaluddin memohon anak guamnya untuk diikat jamin kerana mangsa dalam kes berkenaan kini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Negeri Sembilan.

Katanya anak guamnya juga mempunyai pendapatan RM800 sebulan selain perlu menanggung ibu berusia 77 tahun yang kini sakit tua.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin di mana seorang daripadanya mesti dalam kalangan ahli keluarga terdekat.

Selain itu tertuduh dan ahli keluarganya juga dilarang untuk mendekati dan mengganggu mangsa.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Disember. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu lori didakwa rogol anak tiri

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI