‘TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.’
Pemuda yang pernah tular dengan gelaran ‘Abang Kacak’ selepas gambarnya menjual cendol di Ipoh mencuri perhatian warganet pada tahun 2016, kini berjaya menjadikan perkara itu sebagai pemangkin kejayaan perniagaannya.
Bermula hanya dengan motosikal roda tiga, Kelvinraj, 27, berkata, perniagaan yang diwarisi daripada keluarga selepas menamatkan alam persekolahan itu kini berkembang dengan memiliki tapak tetap di Jalan Bandar Timah dan Jalan Yang Kalsom, Ipoh.
Katanya, dia mula mempelajari menyediakan cendol daripada ibunya ketika perniagaan itu bermula sekitar tahun 2015 dengan menggunakan motosikal roda tiga di sekitar Buntong sebelum beralih ke kawasan di sekitar Lorong Panglima atau dikenali dengan nama Concubine Lane di Pekan Lama Ipoh. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #cendolabangkacak #wawasancendol