Dua rumah di Kampung Nelayan musnah dalam kebakaran

TAIPING – Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Nelayan, Kuala Sepetang di sini awal pagi Ahad.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.29 pagi.

“Kebakaran itu melibatkan dua rumah jenis kelas B yang mengalami kemusnahan 80 dan 60 peratus.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati api sedang marak dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Sepetang telah berada di lokasi dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Ketua operasi melakukan penilaian situasi dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) di lokasi kejadian tersebut.

“Seterusnya, ketua operasi mengarahkan anggota memakai pakaian pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap bersama alat pernafasan dan melakukan pemadaman bersumberkan air dari tangki jentera serta water tanker sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya,“ katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping serta PBS Kuala Sepetang.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.05 pagi tadi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal maut tercampak tepi sungai, tiga cedera, nahas tiga kenderaan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI