Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, menerima 684 aduan melibatkan pembakaran terbuka bagi tempoh 1 Januari hingga Ogos tahun ini.
Pengarahnya, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, aduan tersebut adalah yang tertinggi diterima JAS Perak melibatkan kawasan taman perumahan.
Bagaimanapun, menurutnya, jumlah itu menurun berbanding tahun lalu yang merekodkan sekitar 1,000 aduan bagi tempoh sama. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #Jabatanalamsekitarperak #JASPerak