MGPerak: Polis Perak Lupus Pelbagai Jenis Dadah Bernilai RM26.14 Juta

49

IPOH – Polis Perak melupuskan peralatan memproses dan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM26.14 juta pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Perak Senior Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, antara dadah yang dilupuskan ialah heroin, ganja, syabu, ketamin, daun ketum, cecair ketum serta pelbagai jenis dadah dengan berat keseluruhan berjumlah 1,602.21 kilogram dan cecair 4,963 liter.

Menurutnya, dadah tersebut adalah hasil daripada serbuan dan rampasan yang dilakukan di 15 buah daerah serta telah selesai prosiding mahkamah. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini