MGPerak: Bekas Anggota TLDM Dilepas, Bebas Tuduhan Amang Seksual, Rogol

92

IPOH – Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tuduhan amang seksual dan rogol remaja perempuan 17 tahun empat tahun lalu.

Hakim, Jean Sharmila Jesudasan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd Muhazzam Shah Salem, 40, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Jean Sharmila berkata, selepas mahkamah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan saksi-saksi serta melihat kepada fakta kes, pembuktian, dan pertuduhan, terdapat elemen tidak konsisten dan kelompongan dalam kes pendakwaan. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini