TAPAH – Tiga termasuk seorang remaja perempuan cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta di Jalan Tapah Road dekat sini, pagi Ahad.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 7.39 pagi.
Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah diatur gerak ke lokasi kejadian.
“Setibanya jentera di tempat kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dengan sebuah kereta Proton Saga.
“Seorang pemandu Toyota Vios wanita berusia 35 tahun berjaya keluar sendiri dari kenderaan dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Shazlean berkata, sementara dua lagi mangsa iaitu dua perempuan masing-masing berusia 24 dan 18 tahun yang menaiki Proton Saga juga mengalami kecederaan.
“Pasukan bomba yang beradadi lokasi mengeluarkan mangsa dua mangsa yang tidak tersepit itu dari bangkai kenderaan menggunakan pengusung.
“Mereka kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I (KUP) R Mathavan bersama enam anggota itu tamat pada jam 8.32 pagi. – MG Perak
Artikel Berkaitan: