IPOH – Kerajaan Negeri Perak kini giat berusaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bagi menyokong pelaksanaan pelbagai projek berimpak tinggi di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara langkah yang diambil termasuk meminta 62 institusi TVET di seluruh negeri menyediakan program bersesuaian bagi mengisi peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan melalui pembangunan projek mega.
Menurutnya, pembangunan Kompleks Terminal Penggasan Semula (RGT) Ketiga negara di Lumut sahaja memerlukan 3,000 jurukimpal, selain ribuan lagi tenaga mahir turut diperlukan bagi projek Terowong Pemindahan Air Sungai Perak ke Bukit Merah di Kerian. – MGPerak